Friday, 15 April 2011

Sekapur Sirih

AYAM merupakan ternakan yang telah dipelihara oleh manusia sejak sekian lama atas pelbagai tujuan. Antara tujuan tersebut adalah untuk sumber makanan sama ada dagingnya atau pun telur ayam. Sehingga hari ini ayam terus dipelihara sebagai sumber makanan malah kini ladang ternakan ayam berskalabesar dan menggunakan teknologi yang canggih selain tenaga kerja yang ramai.

Dalam pada itu, ayam juga dipelihara untuk mengisi aktiviti masa lapang sesuai dengan jenis ayam diternak oleh individu. Ada ayam yang diternak untuk tujuan sebagai hiasan sebagaimana ayam jenis serama, ayam katik, ayam bantam, ayam hutan dan lain-lain jenis ayam yang eksotik seperti ayam sutera mahkota, ayam poland dan lain-lain. 

Selain itu terdapat juga segelintir orang yang memelihara ayam untuk aktiviti laga ayam. Aktiviti laga ayam ini mengikut sejarahnya telah bermula sejak manusia mula menternak ayam. Hobi timbul ini berikutan sifat agresif ayam yang cenderung berlaga sesama mereka sama ada untuk mempertahankan kawasan atau untuk berebut pasangan. Telah menjadi hukum alam haiwan siapa yang gagah berani akan menjadi ketua. Sebagai ketua akan berkuasa memilih pasangan dan bebas menurunkan zuriatnya. Demikianlah juga kisahnya dengan ayam. Hal ini lebih ketara khususnya bagi ayam hutan. Ayam hutan dikatakan bersifat sangat territorial dan sanggup berlaga sehingga lawan lari atau mati untuk mempertahankan kawasannya. Hobi laga ayam telah berkembang selari dengan peredaran masa dan kemajuan tamadun manusia. Dahulunya ia ayam laga diternak dalam bilangan yang sedikit tanpa melibatkan penggunaan teknologi yang canggih mahupun modal dan tenaga kerja yang ramai. Namun kini, di negara-negara tertentu seperti Thailand, Filipina, Brazil, Puerto Rico dan Sepanyol  aktiviti laga ayam telah menjadi satu industri besar yang menyumbang kepada hasil pendapatan negara-negara berkenaan melalui cukai pendapatan, cukai eksport dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya selain menggalakkan industri hiliran berkaitan aktiviti ayam laga. 

Di Filipina dan Thailand misalnya saiz dan bilangan ladang ternakan ayam laga telah menjadi antara penyumbang kepada hasil negara berkenaan. Aktiviti laga ayam juga mendapat kebenaran daripada kerajaan dan ia dianggap sebagai aktiviti yang sah. Masyarakat juga menerima aktiviti laga ayam sebagai warisan budaya. Bagimanapun, sebilangan besar negara di dunia mengharamkan aktiviti laga ayam termasuklah Malaysia sendiri. Ini kerana dikatakan laga ayam merupakan suatu penyiksaan binatang, mempunyai unsur perjudian yang ditegah oleh budaya dan agama. Masyarakan memandang serong individu yang terlibat dengan kegiatan laga ayam dan sekiranya disabitkan bersalah boleh dipenjara. Keadaan yang sama berlaku di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.  

Namun demikian, walaupun tidak dibenarkan oleh negara-negara tertentu ini tidak bermakna tiada aktiviti laga ayam di negara berkenaan. Pada penggemar hobi ini masih melakukan aktiviti laga ayam tetapi secara sembunyi bagi pengelakkan diketahui oleh pihak berkuasa.

3 comments:

  1. salam bro...anak2 ayam umur 3 4 bulan jual x?

    ReplyDelete
  2. Maaflah kami hanya jual ayam yg dah sparring shj. Selain itu kami tak jual termasuklah anak ayam, ibu ayam ataupun ayam betina.

    ReplyDelete