Wednesday 20 April 2011

Broodcock / Pejantan

DI reban kami terdapat beberapa brood/pejantan utama yang menjadi sumber utama untuk menghasilkan jagoan. Di sini saya ingin kongsikan pejantan utama tersebut dengan para pembaca blog saya. Lagipun bukankah itu tujuan kita berblog- untuk berkongsi dengan blogger yang lain.


1. Jalak33 - The Icon (6x menang 1x draw)

Jalak33 atau J33 merupakan pembaka utama dimana sebelum kami memilikinya anak-anaknya telah banyak yang menang. Sehingga kini anak-anak J33 terus mencipta rekod kemenangan yang konsisten dan setakat ini anaknya, Tedung telah menang 6x dan draw 1x menyamai rekod bapanya ini. J33 adalah 75% pama dan 25% ganoi. Memiliki cara berlawan yang unik. Merupakan anti-underwing, anti-lock, memiliki pukulan berganda, pukulan tepat & tikam (anak-anak juga banyak tikam), kaki rajin, hati kering dan kerangka tulang yang baik. 





2. Jentolak

Jentolak berdarah Trat/Thai. Tidak memiliki apa-apa rekod kemenangan. Namun atas percayakan benih dia yang baik dan berasal dari breeder yang mempunyai reputasi yang baik, Mr Manoch, maka saya ambil benih ini dari sahabat saya. Ayam ni lebih kepada ayam jalan dengan masuk kilas/underwing, pancing/lock dan tindih serta tolak/push sesuai dengan namanya Jentolak.


3. Bahrain - The Killer

Walaupun hanya menang 2x tapi melihat kepada cara kemenangan Bahrain dimana lawan mati dalam bon menyebabkan dia menjadi salah sekor pembenih di reban. 

Friday 15 April 2011

Koleksi Ayam Laga




"SMOKEY"

Smokey merupakan ayam kacukan antara Ganoi dan Thai. Ia memiliki kerangka tulang badan dan batang leher yang solid warisan daripada darah Ganoi dan gaya berlaga yang baik warisan daripada darah Thai. Smokey diistilahkan sebagai - top control spinner dengan  memiliki pukulan serong yang padu, tepat dan kaki rajin. Sekiranya lawan menekan kepalanya atau lawan lebih tinggi daripada Smokey dengan pantas masuk bawah sayap lawan sebelum keluar dan melepaskan pukulan ke arah kepala lawan. Bagaimanapun, sekiranya ia mampu menolak saiz lawannya, Smokey lebih suka dengan gaya berlaga top control spinner.

"Bahrain - The Killer"

Bahrain berdarah Thai. Memiliki gaya permainan yang biasa sahaja iaitu banyak sepak berdepan walau tidak pagut lawan. Namun demikian. sepakan tepat dan padu telah membolehkan ayam ini menang 2 kali dengan perlawanan pertamanya secara balut taji berakhir kurang dari 3 minit dengan lawan mati serta merta. Sukar untuk saya percaya memandangkan saya tidak ikut sama ke bon pada masa itu. Namun ramai orang yang menyaksikan perlawanan tersebut dan semua kata lawan mati hanya sekejap sepak-sepak. Kemenangan kedua pun lawan mati juga tapi kali ini 4 round.




Tedung - 6x menang 1x draw

Tedung merupakan kacukan darah Pama dan Ganoi. Merupakan anak kepada induk utama kami iaitu Jalak33 yang dikacuk dengan ibu ganoi balung angsa. Gaya permainan lebih kepada top control, anti-lock, sepak tarik undur. Kaki rajin, kuat dan tepat. Kini menjadi milik kawan tapi masih boleh dipinjam untuk tujuan breeding. Oleh kerana bapaknya, Jalak33 masih ada laga maka biarlah Tedung berkelana dahulu di bon mengumpul kejuaraan yang lebih banyak.



Hijau - 1x menang 1x draw

Hijau adalah kacukan Trat/Thai dengan Ganoi. Permainan top control tapi jika terdesak akan jadi lau. Sekiranya lawan boleh dikuasai ia akan pancing/lock. Memang unik cara permainan ayam ni. Sayang sekali jari depan Hijau telah patah semasa laga draw.

Sekapur Sirih

AYAM merupakan ternakan yang telah dipelihara oleh manusia sejak sekian lama atas pelbagai tujuan. Antara tujuan tersebut adalah untuk sumber makanan sama ada dagingnya atau pun telur ayam. Sehingga hari ini ayam terus dipelihara sebagai sumber makanan malah kini ladang ternakan ayam berskalabesar dan menggunakan teknologi yang canggih selain tenaga kerja yang ramai.

Dalam pada itu, ayam juga dipelihara untuk mengisi aktiviti masa lapang sesuai dengan jenis ayam diternak oleh individu. Ada ayam yang diternak untuk tujuan sebagai hiasan sebagaimana ayam jenis serama, ayam katik, ayam bantam, ayam hutan dan lain-lain jenis ayam yang eksotik seperti ayam sutera mahkota, ayam poland dan lain-lain. 

Selain itu terdapat juga segelintir orang yang memelihara ayam untuk aktiviti laga ayam. Aktiviti laga ayam ini mengikut sejarahnya telah bermula sejak manusia mula menternak ayam. Hobi timbul ini berikutan sifat agresif ayam yang cenderung berlaga sesama mereka sama ada untuk mempertahankan kawasan atau untuk berebut pasangan. Telah menjadi hukum alam haiwan siapa yang gagah berani akan menjadi ketua. Sebagai ketua akan berkuasa memilih pasangan dan bebas menurunkan zuriatnya. Demikianlah juga kisahnya dengan ayam. Hal ini lebih ketara khususnya bagi ayam hutan. Ayam hutan dikatakan bersifat sangat territorial dan sanggup berlaga sehingga lawan lari atau mati untuk mempertahankan kawasannya. Hobi laga ayam telah berkembang selari dengan peredaran masa dan kemajuan tamadun manusia. Dahulunya ia ayam laga diternak dalam bilangan yang sedikit tanpa melibatkan penggunaan teknologi yang canggih mahupun modal dan tenaga kerja yang ramai. Namun kini, di negara-negara tertentu seperti Thailand, Filipina, Brazil, Puerto Rico dan Sepanyol  aktiviti laga ayam telah menjadi satu industri besar yang menyumbang kepada hasil pendapatan negara-negara berkenaan melalui cukai pendapatan, cukai eksport dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya selain menggalakkan industri hiliran berkaitan aktiviti ayam laga. 

Di Filipina dan Thailand misalnya saiz dan bilangan ladang ternakan ayam laga telah menjadi antara penyumbang kepada hasil negara berkenaan. Aktiviti laga ayam juga mendapat kebenaran daripada kerajaan dan ia dianggap sebagai aktiviti yang sah. Masyarakat juga menerima aktiviti laga ayam sebagai warisan budaya. Bagimanapun, sebilangan besar negara di dunia mengharamkan aktiviti laga ayam termasuklah Malaysia sendiri. Ini kerana dikatakan laga ayam merupakan suatu penyiksaan binatang, mempunyai unsur perjudian yang ditegah oleh budaya dan agama. Masyarakan memandang serong individu yang terlibat dengan kegiatan laga ayam dan sekiranya disabitkan bersalah boleh dipenjara. Keadaan yang sama berlaku di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.  

Namun demikian, walaupun tidak dibenarkan oleh negara-negara tertentu ini tidak bermakna tiada aktiviti laga ayam di negara berkenaan. Pada penggemar hobi ini masih melakukan aktiviti laga ayam tetapi secara sembunyi bagi pengelakkan diketahui oleh pihak berkuasa.