DI reban kami terdapat beberapa brood/pejantan utama yang menjadi sumber utama untuk menghasilkan jagoan. Di sini saya ingin kongsikan pejantan utama tersebut dengan para pembaca blog saya. Lagipun bukankah itu tujuan kita berblog- untuk berkongsi dengan blogger yang lain.
1. Jalak33 - The Icon (6x menang 1x draw)
Jalak33 atau J33 merupakan pembaka utama dimana sebelum kami memilikinya anak-anaknya telah banyak yang menang. Sehingga kini anak-anak J33 terus mencipta rekod kemenangan yang konsisten dan setakat ini anaknya, Tedung telah menang 6x dan draw 1x menyamai rekod bapanya ini. J33 adalah 75% pama dan 25% ganoi. Memiliki cara berlawan yang unik. Merupakan anti-underwing, anti-lock, memiliki pukulan berganda, pukulan tepat & tikam (anak-anak juga banyak tikam), kaki rajin, hati kering dan kerangka tulang yang baik.
2. Jentolak
Jentolak berdarah Trat/Thai. Tidak memiliki apa-apa rekod kemenangan. Namun atas percayakan benih dia yang baik dan berasal dari breeder yang mempunyai reputasi yang baik, Mr Manoch, maka saya ambil benih ini dari sahabat saya. Ayam ni lebih kepada ayam jalan dengan masuk kilas/underwing, pancing/lock dan tindih serta tolak/push sesuai dengan namanya Jentolak.
3. Bahrain - The Killer
Walaupun hanya menang 2x tapi melihat kepada cara kemenangan Bahrain dimana lawan mati dalam bon menyebabkan dia menjadi salah sekor pembenih di reban.
sejak ganoi.com dah tak betul, dah lamaaa tak nampak jalak33.. hehe
ReplyDeletecantk ayam ni
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian anda.
ReplyDeletesalam.bro,lokasi kt mne ye?no fon brpe?
ReplyDeleteskrng ni pembaka yg baik sijentolak slps kmatian j33
ReplyDeleteada lg yg mnunggu iaitu SI ERENG akn mnabur bakti kpd tuannya
ReplyDeletecantik pemandangan di tepian sawah ni...teringat kg saya kat kedah...rasa nak balik kg pulak dah...he...he.. anyway ayam2 kat sini semua cantik2...
ReplyDeletebro lokasi kt mne bro no fon brpe
ReplyDelete